Sunday 18 March 2012

Biaq Pecah Mulut


talut
Kemelut dunia yang semakin kalut, dibalut watak jalut penghasut, jumut, kelamkabut, kecut, pak turut, ragut, takut.  Mencarut, biar pecah buntut jangan robek mulut.  Entah apa sedapnya buntut, terikut-ikut budaya ‘makkalihamput’, tak takut Malaikat maut jengah mencabut, dedahan reput tiada lagi tempat berpaut, umah ramai tapi umpama melukut.  Tak patut.  Kaputttttttt.  Pada Tuhan saja kita melutut.

Thalut J6666S watak penyelamat pasti datang lagi dalam kancah kekalutan dunia kini.  Apakah Thalut muncul dengan Tabut, itu tak payah kita sebut, takut CIA ikut dan sedut.    Ketika, bagaimana dan dari mana dia datang itu hak Sang Pencipta.  

Kuasa apakah yang ada pada Thalut.  Kuasa Raja Yang Satu ﮐﺭﻳس Keris lambang Ketuanan Melayu.  Peradaban Melayu.  Ketinggian akalbudi Kesantunan dalam ketegasan Kesungguhan melaksana amanah Kemegahan bersalut ketakawaan Kerukunan Iman.  ﮐﺭﻳس Kuasa Mujaddidin Serantau menegak Kemakmuran Islam Sejagat.  

Al Baqarah 2:247.  Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu."  Negara kita pasti kalut kebenaran Qalamullah ini berulang lagi.  Bila Thalut diangkat apakah 9 Raja-raja Melayu bersedia?  Apakah pemimpin-pemimpin dan kelompok masyarakat yang sedia ada boleh menerima kepemimpinannya?  Kisah Thalut dengan Bani Israel pasti berulang lagi.  Justeru itu resam manusia.  Allah memberikan kuasa kepada siapa yang Dia suka.  Bolehkah pemimpin duduk sebalut dengan Thalut.  Komponen parti pemerintah bagaimana?  Thalut!  Karpal Singh terkejut beruk.  Thalut atau Thoqut Pok Nik urut janggut tapi belum tentu mengikut.  Lim Guan Eng kecut perut, “Apa mau bikin, Tuan Ala suluh tulut, tatak suka tutup mulut, cabut”.  Mat Sabu tukar nama Mat Sabut, dulu lantang kini serabut.  Biaq pecah mulut jangan pecah buntut.                


RESAM MELAYU


Kita tak serik-serik “Bangsawan Melaka” 500 tahun dulu dah hilang kuasa, pembesar berfoya-foya.  Heboh kecoh Jebat durhaka, rakyat riuk pikuk menyabung di “Jom Heboh”, menang sorak tanah tergadai.  Akhir zaman hujungnya Qiamat  Paduka Sultan berduka sangat.  Amanah dipikul terasa berat.  Mahu berkongsi dengan rakyat.  Rencana Allah sesungguhnya hebat.  Raja-Raja Melayu sepakat dan munajat.  Tujuh Wasiat dicatat dipahat.  Apa nak buat dengan umat Melayu ini, 7 Wasiat tak dilawat, dibelek dan lihat,  apatah lagi ambil berat.  Liat.  Paduka Sultan berduka amat, Ketuanan Melayu pula didebat, tega meluah kata kesat.  Kuasa di bengkong diikat ketat, mahu ditetas urat demi urat.  Disekat, disagat.  Nak kata belum baliqh dah bersunat, barangkali pisaunya ada virus berkarat.  Membengkak teramat sangat, sampai berfikir guna syahwat.  Hmm “no wonder’’ suka liwat.  Menyumbat.  Meluat.  Lahanat. 

Jangan main-main lewat kesannya teramat sangat berat.  Ketuanan Melayu adalah satu-satunya kuasa yang ada.  Kuasa politik boleh tergadai kebanyakan negeri.  Kuasa ekonomi jauh panggang dari api.  Gila kuasa merajalela.  Dato Maharaja Lela kalau ada tentu murka tak rela namanya disalahguna.  Mat Kilau, Mat Salleh, Dato Bahaman, Tok Ku Paloh, Tok Janggut, Tok Kenali semuanya tidak dikenali dan dipeduli.  Bermandi keringat memartabatkan bangsa, jaga maruah bermandi darah menyergah Malayan Union akhirnya dicop pemberontak pengkhianat bangsa.  Kuasa yang ada tak diguna, fakta sejarah disembunyi semua.

Tok Janggut digantung kepala ke bawah
Dato Maharajalela digantung dipanah
Senapang meledak merobek berkecai jiwa dimamah
Angkara kita berpecah belah
Debat muafakat berdebah ditegah disanggah
Sengketa bangsa usah dihebah
Walau gejolak rasa dan resah
Sekam membakar usah disimbah
kelak membawa padah rebah
Resam Padi Menunduk Bumi
Resam Jebat mengikut hati
Resam Tuah menjunjung Duli
Md Radzi Ismail (Jumaat 17.12.2010 11 Muharam 1432 A.H.)

Saturday 10 March 2012

TONGKAT MUSA

ﻁﻬ
Thahaa (20:12-20:20)
“Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci, Thuwa”.  (20:12)

Thahaa, Tongkat Hikmat
Thahaa, Tongkat Musa
"La Ilaha Illallah - Musa Kalimullah"
Thahaa Kalamullah, Pencipta alam semesta peringatan bagi manusia
Thahaa Seribu rahasia tak terduga akal manusia
Kita boleh meneka-neka, meraba-raba,
Namun Sang Pencipta menyimpan rahasia.
Apakah itu yang di tangan kananmu, hai Musa?  20:17
Apakah itu di dalam Peti Rahsia, hai Maha?  W2020
Agenda Melayu?  Thalut?  Tabut?  Tok Janggut?
Atau Tongkat Tun Mahathir

Thaahaa 20:20 cerita ‘Tun Musa’
Wawasan 2020 sandiwara Tun Mahathir
2 watak berlainan masa, kasta, darjat dan usia
Lakonlayar berlatarbelakangkan Asia
Asiah, Siti Mariam dan Aminah ‘Primadona A.S.I.A’
memikul amanah melahirkan Musa, Isa dan Muhammad

‘Tun Musa’ pembuka cerita, Tun Mahathir dalang negara
Menunggu ‘Tun Mahadi’ janji Sang Pencipta
Lakonlayar sudah sedia, watak antagonis Mandeliar, Si Kitol dan
Utimutiraja sudah lama menyinga
Protagonis ada embargonya tak boleh cerita
Keturah heroin sejati Puteri Gunong tiada tolok banding
Selendang Merah harum mewangi
Ibu Melayu rantau ini
Media barat meneka-neka media timur masih lena
Siapakah sutradara?  Spielberg, Wim Omboh atau Kuro Sawa

Thaahaa kisah Musa dan Harun menghadapi Fir'aun dan Bani Israil
Apakah Kalamullah ini sekadar fakta sejarah, pasti ada hikmah
Penentangan Zionis Yahudi itu hingga ke akhir zaman
Nabi Musa menundukan tukang-tukang sihir Fir’aun
Sihir lawan sihir, ular lawannya ular 

Kejadian sama pasti terjadi di akhir zaman ini?
Apakah sihir Zionis Yahudi mampu mengalahkan Tongkat Hikmat Tun Mahathir (diri yang sebenar ialah Imam Mahadi)         
Khalifah Mujaddidin serantau pasti muncul, itu janji Allah 
Zionis Yahudi dengan segala kekuatan persenjataan moden pasti angkuh
Namun Allah sengaja memberi tangguh.

"Lemparkanlah ia, hai Musa!"  20:19
“Lalu dilemparkannyalah tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat”  20:20
Kami berkata: "janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul (menang)”.  20:68
Kalau dahulu laut terbelah menelan fir’aun dan tenteranya, sesuatu yang lebih dahsyat akan berlaku kepada Zionis Yahudi bila Tongkat Hikmat Tun M (Imam Mahadi) memukul lautan.

(Hayam Muruk 10032012)

Saturday 18 February 2012

HANG TUAH


طە  طوﻰ 
Meniti Titian Tuah
Kerana zuhud impikan Syurga
Md Radzi Ismail

Sambutlah tangan Ku Tuah
Aku lemah memikul amanah
Tanah merekah jurang berlurah lahar pasti muntah
Bukalah mulut Ku Tuah Baca Qalamullah
Sebelum terkejang lidah
Bersihkan hati Ku Tuah dengan Zikirullah
Sebelum ia melegam punah
Kerdipkan mata Ku Tuah Tatap Kalimah Allah
Sebelum gelap cahaya tak bersimbah
Tajamkan telinga Ku Tuah Dengar kata hikmah
Sebelum tuli tulah menanah
Bukalah Minda Ku Tuah Jamah Ilmu Allah
Sebelum tertutup pintu Kaabah Mekah
La Haulawala Qu wata’Illa Bil’la HilA’liyil Ad’zim

طە  طوﻰ  طوﻟه هﻊ
Thaahaa 20:12. Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkan lah
kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci, Thuwa.
20:14. Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku,
maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.
 طوﻟه هﻊ  Wali allah.

Thursday 16 February 2012

EMAS


٩فتيفوربا
Sultan Muzaffar Shah lagi satu ceritera.  Cerita duka nestapa.  9 Peti Purba menyusup semula.  Berkat doa pendita pencinta.  Malangnya hingga kini belum terbuka.  Angkara siapa?  Suasana negara gawat, tenat, ada pemimpin tangan terikat, terjerat, tak boleh bersuara seolah lidah dikerat mulut disumbat, sumpah laknat macam budaya dibuat.  Ketuanan Melayu mula didebat, Melayu sudah tidak beradat, tidak muafakat, jahat, keparat, tak larat, palat, maksiat, melarat, musibat, sesat, gara-gara tiang agama karat tak solat. 
           
Inilah kisah suatu masa, 500 tahun dahulu cerita rahsia, Alfonso de Al Buquerque, Portugis celaka, ganyang Melaka nafsu puaka.  Melaka dan Andalusia Granada kisah suka duka nestapa.  Apa yang berlaku di Granada, Alfonso XI of Castile dibantu oleh Alfonso IV of Portugal pada 7 Jumada al-Ula 740H/30 Oktober 1340M dikenali sebagai the Battle of the Río Salado atau the Battle of Tarifa pihak Granada dan Banu Marin telah tewas teruk di tangan kuasa Kristian Castile.  Kemudiannya La Higueruela juga menyembah ke tanah Kerajaan Nasriyyah.  Perebutan takhta punca segala.  Dasar Reconquista merajalela.  Isabella dan Ferdinand V dibawah takhta Catholic Monarch mengasak perang demi perang.  Islam digasak diganyang.  Dilondeh telanjang.  Akhirnya pada 29 Safar 897H bersamaan 1 Januari 1492M, Granada diserahkan kepada pihak Kristian Castile oleh sultan terakhir kerajaan Nasriyyah Boabdil (Sultan AbucAbd Allah Muhammad XII 1482, 1486-1492M).  

 Kejatuhan Granada berakhirnya kerajaan Islam di Sepanyol buat selama-lamanya setelah bertapak hampir lapan kurun di Eropah.  Bagi kerajaan Kristian, khususnya Castile, kejatuhan ini merupakan kejayaan mutlak mereka yang diidam-idamkan, demi melengkapkan kempen Reconquista yang dilancarkan beberapa abad sebelum ini merayap lagi hingga Nusantara.  Islam diburu dimana-mana.  Setelah Al Hambra Istana Melaka mahu diperkosa.  Sultan Muzaffar Shah tak berdaya, 9 Peti Emas diserah segala.  Baginda pasrah, meleleh air mata duka,  kunci dileher dilondeh semua.  Mengelilingi benua tak ada yang mampu buka.  Berbagai teka-teki teka-tekok, barang apakah yang tersorok.

Kebangkitan Islam bermula di Timur, cerita akhir zaman mula subur.  Dalam tidur Sultan Muzaffar mimpi berjumpa seorang berjubah putih. Di alam nyata ternyata benar bersua bicara di pantai bersih.  Pokok cerita Ketuanan Melayu akan mengangkat memakmur memperkasa Islam di seluruh dunia.  9 Peti Purba penuh rahsia.  Bayangkan bagaimana Melaka gah seantero dunia, Kerajaan terbilang, gemilang.  Pelabuhan kepalang.  Pedagang berbilang.  Rahsianya tersimpan dalam peti-peti itu.  Tun Perak sudah bergelar Tun 500 tahun dahulu.  Tun Perak memanda menteri ariff bicara selok belok tatanegara.  Hebat orangnya sehebat nama.  Apa guna resepi rahsia, bila Raja pemimpin dan rakyat tidak muafakat.  Ambil madat.  Makan suap.  Gila kuasa.  Gila harta.  Gila betina.  Bikin angkara.  Cacamerba.  Lupa.  Gejolak rasa meluap-luap.  Sengketa di Tanjong Bidara.  Akhirnya Portugis jijak kepala.

 Coretan Emas
9 Peti Emas kunci dua dileher Baginda. Inginkan Puteri Gunong Ledang terlepas.  Emas disimpan berkoyan-koyan.  Gelang dan kalong emas tanda kebesaran.  Yang pasti tidak dibuat patong anak lembu dari emas untuk sembahan.  Menyimpan emas permata perak tanpa nafkah kepada berhak, kelak lambung dan punggung ditokak emas menggelegak.  Al Sultan akur itulah kehendak.                                              Semenanjung Emas nama memuncak.  Pelabuhan gemilang bersesak-sesak.  Entah dari kitab mana bangsa luar selak,dan nampak, membawa petaka kepada Kesultanan Melaka pulak.  Tun Perak, Patih Gajah Mada, Hayam Muruk bertiga Memanda masyhur Nusantara.  Melayu berhutang budi pada Raja bila Istana Islam diterima.  Kota ini tidak akan binasa selama-lamanya.  Bila nafsu menguasai segala.  Tak akan Melayu hilang di dunia.  Apakah Tuah juga silap bicara?  Pasti semua binasa, kecuali Dia.  Kehancuran Melaka peringatan Allah jua.  Ada hikmah.  Kesultanan Melayu Melaka tinggal nama.  Kejayaan dan kehancuran itu Dia pergilirkan agar kita mendapat pelajaran.  500 tahun cerita suka duka nestapa penuh rahasia.  Al Fonso de Al Buquerque Portugis celaka.                       Al Mujaadillah 58:21.  Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.  Binasalah Al Fonso de Al Buquerque dan sesungguhnya dia akan binasa.  Allah Maha Mengetahui rencana jahat mereka.  Bila kebenaran datang batil menghilang.  Janganlah binasa karena sedih cerita nestapa.  Tanah Melayu ini luas,                                                                    Rajapun bingkas hijrah mencari rezeki beranak-pinak bergenuak.  9 Peti Purba bergejolak bila mahu ‘dibukak’.   Moga Al Sultan duduk empuk di atas dipan bertatah emas permata di syurga kelak.
Md Radzi Ismail (Rabu 09.03.2011 Rabiulakhir 4 1432H)

Alif Lam Mimm.  Allah lindungilah Maula Ka (Melaka-Malaysia).  Yang telah dikalahkan Portugis celaka!  Sesudah dikalah pasti datang menang.  Itu janji Allah kepada Rumawi setelah dikalahkan Persia Majusi.  Seperti juga Melaka sebelum dan sesudah urusan Dia belaka.  Di hari kemenangan itu bergembiralah orang-orang beriman.  Karena pertolongan Allah.  Dia menolong siapa yang dikehendakiNya.  Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang.  (Coretan diatas disesuaikan dari terjemahan Qalamullah Ar-R uum 30:1-5)  Ambil iktibar dari Surah ini.  Qalamullah itu petunjuk sepanjang zaman.     
MdRadzi Ismail (Rabu 09.03.2011 Rabiulakhir 4 1432H)

Wednesday 15 February 2012

Sembang Puisi


KANCING PRAQ
Pintu ditutup dikunci diselak.  Gelora asmara membuak-buak.  Zulaikha (Cika) tak tertahan Yussuf kacak perawan.  Sudah berkali Cika mendesak Yussuf tak melawan.  Al Aziz berpergian tak kunjung tiba inilah masa Cika menduga.  Bedak semerbak haruman, mengharum kamar permaisuri, rambut Cika disisir rapi.  Lembut sutera membalut diri.  Baring di pemajangan emas dan perak.  Liuk lentok kaki dikuak.  Menyerlah tubuh Cika mewangi.  Berlopak-lopak, membonjol selambak, mata pasti terbeliak, disebalik sutera membengkak menegak, berolak-olak, ranum masak.  Langkah dihayun berombak-ombak, bermandi minyak periuk tanak, terselak, peha terserlah putih melepak.  Denak dah galak, masih lagi tak jinak “Marilah ke sini”, nada ghairah lunak suara merintih, meronta-ronta asmara ditagih, merah merekah mengetap bibir.  Giur tubuh putih gebu.  Yusuff di jendela kaku termangu, mercik peluh basah ke siku.  Cika memandang wajah kuyu.  “Aku berlindung kepada Allah, sungguh Tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.”  Terketar-ketar suara Yusuff.  Cika buat pekak.  Kemahuan Cika bergejolak, menggelegak, mata bercelak nampak galak, setelah tuak membasah tekak, terasa dada dihentak henyak, bibir menokak, rambut diselak, dibolak-bolak, dah membengkak, mata melalak, merangkak menguak.  Lidah cecah tekak, celah nampak menyacak, macam ikan todak.  Mengeras terpacak agak, entah aku tak nampak.  Cika berkehendak, berteriak, memintak-mintak, melalak-lalak, teresak-esak, mendongak macam katak, merangkak macam budak.  Leleh lecak, temuak rojak.  Yussuf nak tergelak tetap menolak, “aku bagi penyepak, tapi tak tergamak Cika umpama Emak, lantak pilah aku tak nakkkk”.  “Marilah nakkkk”.  Yusuff terdesak disudut terjebak, terperosok takleh elak.  Cika terus mengorak, tangan mengepak nafsu melonjak, memetik suis lampu terendak pelita katak.  Tangan dikepak, cekak, celapak, pasak, terasa tegang mengasak, kental mencanak, geli gak, nafas Cika sesak, leher ditokak, mengayak-ayak, kocakkk.  Sekilas Yussuf mengelak, lompat lantun belanak belacak, terlolos jugak.  Bapak!  Bapak!  Babak kejar mengejar, tolak menolak, Cika masih tak jelak.  Cicak lari berselerak, ada yang usyar nampak!  Kaki melonjak tangan menguak.  Cika mendada, menelentang kuak batak.  Cika dah naik minyak, merah padam pipi nampak.  Kehendak dahulu mahu dijamak.  Memuncak.  Ke pintu Yusuff meluru, diburu, disiku, Cika cekau-cekok, Cika gagau-gegok “praqqqqqqq”  Daun pintu terkopak, Al Aziz terserempak, terjijak kain sutera pandak, Zulaikha tersentak, singlet Yussuf koyak.  Rabak.  Dek bijak ‘budak botak’, Temasek selamat ditojah Todak.  Gejolak.                           

BILA MALAM TAK BERSULUH


Malam Tak Bersuluh                                                                                                                                               
Bila malam tak bersuluh.   Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh.  Dalam perut Dzun Nun melutut teguh.  Solat dalam gelap malam dan subuh.  Gelap pakaian malam labuh.  Menyentuh tubuh rahsia badan tak tersuluh.  Adam Hawa aurat ditubuh setelah memakan syaitan menyuruh.  Daun-daun membalut tubuh malu padaNya ke bumi jatuh.
 Bila malam tak bersuluh.  Khazanah tersembunyi azazil merusuh mata dicucuh.  Pelita dicucuh menggunong lilin meluluh disebalik kabus.  Relong cahaya tak bisa ditempuh.  Rahsia kerajaan langit Ke 7 menjauh.  Syaitan-syaitan manusia & Jin mengeluh.  Tuduh menuduh tutuh menutuh bergaduh dan angkuh. 
Bila malam tak bersuluh.  Kapal di pelabuhan berlabuh sauh jatuh.  Ketam dan segala isi laut pun tak giur setubuh.  Lelaki wanita tak bertemu jodoh.  Ranting rapuh dedaun luruh jatuh Dia yang suruh.  Semuanya tertulis di Lawh Mahfudz.
 Bila malam tak bersuluh.  Tok Dato’ Tok Gilo duduk bersimpuh.  Zikirullah meratap Gua Tempurung utuh.  Gunung-gunung dipancangkanNya dengan teguh. An Naazi”aat 79:32.  Atap di langit takan roboh.  Manusia dan Jin sememangnya bodoh angkuh tak ambil contoh.  Sanggup dikaki isteri meruntun menyerangguh.  Telinga jatuh mata tak bersuluh gelaplah umpama dipanggil dari jauh.  Ingat jatuh azab di kala subuh tiadalah mereka diberi tangguh.  Langit dan bumi tidak menangis, merekapun tidak diberi tangguh Ad Dukhaan 44:29.  Lalu mereka berkata: "Apakah kami dapat diberi tangguh?" Asy Syu’araa’ 26:203.  Dan Aku memberi tangguh kepada mereka.  Sesungguhnya rencanaKu amat teguh.  Al A’raff 7:183.  Mengapa?  Rasulullah itu ‘penyair’ dituduh.  Sungguh mereka meluncur juh. 
Bila malam tak bersuluh.           
Md Radzi Ismail (23.02.20100 Wednesday 20 Rabiulawal 1432 A.H.)