Thursday 16 February 2012

EMAS


٩فتيفوربا
Sultan Muzaffar Shah lagi satu ceritera.  Cerita duka nestapa.  9 Peti Purba menyusup semula.  Berkat doa pendita pencinta.  Malangnya hingga kini belum terbuka.  Angkara siapa?  Suasana negara gawat, tenat, ada pemimpin tangan terikat, terjerat, tak boleh bersuara seolah lidah dikerat mulut disumbat, sumpah laknat macam budaya dibuat.  Ketuanan Melayu mula didebat, Melayu sudah tidak beradat, tidak muafakat, jahat, keparat, tak larat, palat, maksiat, melarat, musibat, sesat, gara-gara tiang agama karat tak solat. 
           
Inilah kisah suatu masa, 500 tahun dahulu cerita rahsia, Alfonso de Al Buquerque, Portugis celaka, ganyang Melaka nafsu puaka.  Melaka dan Andalusia Granada kisah suka duka nestapa.  Apa yang berlaku di Granada, Alfonso XI of Castile dibantu oleh Alfonso IV of Portugal pada 7 Jumada al-Ula 740H/30 Oktober 1340M dikenali sebagai the Battle of the Río Salado atau the Battle of Tarifa pihak Granada dan Banu Marin telah tewas teruk di tangan kuasa Kristian Castile.  Kemudiannya La Higueruela juga menyembah ke tanah Kerajaan Nasriyyah.  Perebutan takhta punca segala.  Dasar Reconquista merajalela.  Isabella dan Ferdinand V dibawah takhta Catholic Monarch mengasak perang demi perang.  Islam digasak diganyang.  Dilondeh telanjang.  Akhirnya pada 29 Safar 897H bersamaan 1 Januari 1492M, Granada diserahkan kepada pihak Kristian Castile oleh sultan terakhir kerajaan Nasriyyah Boabdil (Sultan AbucAbd Allah Muhammad XII 1482, 1486-1492M).  

 Kejatuhan Granada berakhirnya kerajaan Islam di Sepanyol buat selama-lamanya setelah bertapak hampir lapan kurun di Eropah.  Bagi kerajaan Kristian, khususnya Castile, kejatuhan ini merupakan kejayaan mutlak mereka yang diidam-idamkan, demi melengkapkan kempen Reconquista yang dilancarkan beberapa abad sebelum ini merayap lagi hingga Nusantara.  Islam diburu dimana-mana.  Setelah Al Hambra Istana Melaka mahu diperkosa.  Sultan Muzaffar Shah tak berdaya, 9 Peti Emas diserah segala.  Baginda pasrah, meleleh air mata duka,  kunci dileher dilondeh semua.  Mengelilingi benua tak ada yang mampu buka.  Berbagai teka-teki teka-tekok, barang apakah yang tersorok.

Kebangkitan Islam bermula di Timur, cerita akhir zaman mula subur.  Dalam tidur Sultan Muzaffar mimpi berjumpa seorang berjubah putih. Di alam nyata ternyata benar bersua bicara di pantai bersih.  Pokok cerita Ketuanan Melayu akan mengangkat memakmur memperkasa Islam di seluruh dunia.  9 Peti Purba penuh rahsia.  Bayangkan bagaimana Melaka gah seantero dunia, Kerajaan terbilang, gemilang.  Pelabuhan kepalang.  Pedagang berbilang.  Rahsianya tersimpan dalam peti-peti itu.  Tun Perak sudah bergelar Tun 500 tahun dahulu.  Tun Perak memanda menteri ariff bicara selok belok tatanegara.  Hebat orangnya sehebat nama.  Apa guna resepi rahsia, bila Raja pemimpin dan rakyat tidak muafakat.  Ambil madat.  Makan suap.  Gila kuasa.  Gila harta.  Gila betina.  Bikin angkara.  Cacamerba.  Lupa.  Gejolak rasa meluap-luap.  Sengketa di Tanjong Bidara.  Akhirnya Portugis jijak kepala.

 Coretan Emas
9 Peti Emas kunci dua dileher Baginda. Inginkan Puteri Gunong Ledang terlepas.  Emas disimpan berkoyan-koyan.  Gelang dan kalong emas tanda kebesaran.  Yang pasti tidak dibuat patong anak lembu dari emas untuk sembahan.  Menyimpan emas permata perak tanpa nafkah kepada berhak, kelak lambung dan punggung ditokak emas menggelegak.  Al Sultan akur itulah kehendak.                                              Semenanjung Emas nama memuncak.  Pelabuhan gemilang bersesak-sesak.  Entah dari kitab mana bangsa luar selak,dan nampak, membawa petaka kepada Kesultanan Melaka pulak.  Tun Perak, Patih Gajah Mada, Hayam Muruk bertiga Memanda masyhur Nusantara.  Melayu berhutang budi pada Raja bila Istana Islam diterima.  Kota ini tidak akan binasa selama-lamanya.  Bila nafsu menguasai segala.  Tak akan Melayu hilang di dunia.  Apakah Tuah juga silap bicara?  Pasti semua binasa, kecuali Dia.  Kehancuran Melaka peringatan Allah jua.  Ada hikmah.  Kesultanan Melayu Melaka tinggal nama.  Kejayaan dan kehancuran itu Dia pergilirkan agar kita mendapat pelajaran.  500 tahun cerita suka duka nestapa penuh rahasia.  Al Fonso de Al Buquerque Portugis celaka.                       Al Mujaadillah 58:21.  Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.  Binasalah Al Fonso de Al Buquerque dan sesungguhnya dia akan binasa.  Allah Maha Mengetahui rencana jahat mereka.  Bila kebenaran datang batil menghilang.  Janganlah binasa karena sedih cerita nestapa.  Tanah Melayu ini luas,                                                                    Rajapun bingkas hijrah mencari rezeki beranak-pinak bergenuak.  9 Peti Purba bergejolak bila mahu ‘dibukak’.   Moga Al Sultan duduk empuk di atas dipan bertatah emas permata di syurga kelak.
Md Radzi Ismail (Rabu 09.03.2011 Rabiulakhir 4 1432H)

Alif Lam Mimm.  Allah lindungilah Maula Ka (Melaka-Malaysia).  Yang telah dikalahkan Portugis celaka!  Sesudah dikalah pasti datang menang.  Itu janji Allah kepada Rumawi setelah dikalahkan Persia Majusi.  Seperti juga Melaka sebelum dan sesudah urusan Dia belaka.  Di hari kemenangan itu bergembiralah orang-orang beriman.  Karena pertolongan Allah.  Dia menolong siapa yang dikehendakiNya.  Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang.  (Coretan diatas disesuaikan dari terjemahan Qalamullah Ar-R uum 30:1-5)  Ambil iktibar dari Surah ini.  Qalamullah itu petunjuk sepanjang zaman.     
MdRadzi Ismail (Rabu 09.03.2011 Rabiulakhir 4 1432H)

No comments:

Post a Comment