Sunday 18 March 2012

RESAM MELAYU


Kita tak serik-serik “Bangsawan Melaka” 500 tahun dulu dah hilang kuasa, pembesar berfoya-foya.  Heboh kecoh Jebat durhaka, rakyat riuk pikuk menyabung di “Jom Heboh”, menang sorak tanah tergadai.  Akhir zaman hujungnya Qiamat  Paduka Sultan berduka sangat.  Amanah dipikul terasa berat.  Mahu berkongsi dengan rakyat.  Rencana Allah sesungguhnya hebat.  Raja-Raja Melayu sepakat dan munajat.  Tujuh Wasiat dicatat dipahat.  Apa nak buat dengan umat Melayu ini, 7 Wasiat tak dilawat, dibelek dan lihat,  apatah lagi ambil berat.  Liat.  Paduka Sultan berduka amat, Ketuanan Melayu pula didebat, tega meluah kata kesat.  Kuasa di bengkong diikat ketat, mahu ditetas urat demi urat.  Disekat, disagat.  Nak kata belum baliqh dah bersunat, barangkali pisaunya ada virus berkarat.  Membengkak teramat sangat, sampai berfikir guna syahwat.  Hmm “no wonder’’ suka liwat.  Menyumbat.  Meluat.  Lahanat. 

Jangan main-main lewat kesannya teramat sangat berat.  Ketuanan Melayu adalah satu-satunya kuasa yang ada.  Kuasa politik boleh tergadai kebanyakan negeri.  Kuasa ekonomi jauh panggang dari api.  Gila kuasa merajalela.  Dato Maharaja Lela kalau ada tentu murka tak rela namanya disalahguna.  Mat Kilau, Mat Salleh, Dato Bahaman, Tok Ku Paloh, Tok Janggut, Tok Kenali semuanya tidak dikenali dan dipeduli.  Bermandi keringat memartabatkan bangsa, jaga maruah bermandi darah menyergah Malayan Union akhirnya dicop pemberontak pengkhianat bangsa.  Kuasa yang ada tak diguna, fakta sejarah disembunyi semua.

Tok Janggut digantung kepala ke bawah
Dato Maharajalela digantung dipanah
Senapang meledak merobek berkecai jiwa dimamah
Angkara kita berpecah belah
Debat muafakat berdebah ditegah disanggah
Sengketa bangsa usah dihebah
Walau gejolak rasa dan resah
Sekam membakar usah disimbah
kelak membawa padah rebah
Resam Padi Menunduk Bumi
Resam Jebat mengikut hati
Resam Tuah menjunjung Duli
Md Radzi Ismail (Jumaat 17.12.2010 11 Muharam 1432 A.H.)

No comments:

Post a Comment